Thursday, October 29, 2009
ku bkn nk kutuk org ke ape...lau terasa...ampun maaf dpinta...aku nk citer...ad la sorg pmpuan ni...aku knl kt kem...dh ad lme dh oovoo die...cume bru tw tu die...aku sje je nk test...lyn jgk bdk ni...hurm...reject....xske r pmpuan yg lyn ni...pstu nk dpndekkn citr...aku ckp r jgn dk lyn sgt ramai laki...aku bkn saham (sahabat masjid) ...aku jz insan yg kekurangan jer...aku pn geram r cz die lwn ckp aku kn...so aku pn mrh r...tbe2 kwn bek aku sndiri ni mrh aku npe nsht die...siap kutuk aku lg...siap ajak aku gado lg...maf la...aku blaja martial art bkn tk lwn kwn...tp lwn musuh...xtw la die nk jd musuh ak kot...haha...aku xnk tmbh musuh..lg2 sbb pmpuan...laki bodoh jer yg sbb pmpuan die sggp ilang aku as kwn die...xpnh lagi aku jmpe laki dayus cm die...ikut jer kte pmpuan...mcm kerbau kene cucuk idung...haha...jgn terasa tw...haha...yg bek tu aMBIK...yg xbek tu tgur...aku ske org tgur aku...
Saturday, October 24, 2009
Abu Hind Arrazi berkata: Nabi saw. bersabda: Allah ta'ala berfirman: "Ingatlah kepadaKu dengan mentaatiku, Aku akan ingat kepadamu dengan pengampunan-Ku. Barang siapa ingat kepada-Ku seraya ia berta'at, maka patutlah Aku ingat kepadanya dengan pengampunan-Ku, dan barangsiapa ingat kepada-Ku seraya ia bermaksiat, maka patutlah Aku ingat kepada-Nya dengan kebencian". (Hadis Riwayat Ad-Dailami dan Ibnu Asakir dari Abi Hind-Arrazi).
Dari Abu Hurairah r.a, katanya:”Rasulullah s.a.w melihat kahak di kiblat masjid. Lalu baginda menghadap kepada orang ramai lalu bersabda:”Bagaimana pendapat kamu semua jika seseorang sedang solat menghadap Tuhannya, lalu dia meludah ke hadapan? Senangkah kamu jika kamu sedang dihadapi seseorang, tiba-tiba orang itu meludahi mukamu? Kerana itu jika kamu meludah ketika solat, maka ludahlah ke kiri atau ke bawah kakimu. Jika itu tidak mungkin, ludahlah ke sapu tanganmu.” (Hadis Riwayat Muslim)
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Siapa yang mendapatkan Subuh satu rakaat sebelum terbit matahari, bererti dia telah mendapatkan Subuh seutuhnya. Dan sesiapa yang mendapatkan Asar satu rakaat sebelum matahari terbenam, bererti dia telah mendapatkan Asar seutuhnya.” (Hadis Riwayat Muslim)
Dari Jabir bin Abdullah r.a katanya:”satu jenazah berlalu di hadapan Rasulullah s.a.w lalu baginda berdiri. Kami pun berdiri juga mengikut baginda. Kemudian kami berkata:”Ya rasulullah! Itu jenazah orang Yahudi.” Sabda baginda:”Kematian itu mengejutkan. Oleh itu bila kamu melihat jenazah (lalu) berdirilah.” (Hadis Riwayat Muslim)
AURAT WANITA
Allah Swt berfirman: “Katakanlah kepada wanita beriman: ‘Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa tampak pada dirinya. Dan hendaklah mereka pun menutup kain kudung (tudung) ke dadanya. Janganlah mereka menampakkan perhiasannya selain kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau anak-anak lelaki kandung mereka, atau anak-anak lelaki tiri mereka, atau saudara (adik-beradik) lelaki mereka, atau anak-anak lelaki saudara lelaki mereka, atau anak-anak lelaki saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan lelakiyang tidaklagimemiliki hasrat seksual, atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. ” (Surah An-Nur ayat 31)
Subscribe to:
Posts (Atom)