Thursday, July 29, 2010

kapel...kapel...kapel....jauhilah...


Kteorang x berzina : tapi korang mendekatinya

Alaa, minum2 jer kat McD, dekat ngan zina ker : ha ah.. mendekatkan

Kteorang bleh kontrol nafsu rrr : Skang nie bleh r, setan nie tarik manusia slow2, Adam ngan Hawa pun kena tipu atas syurga, sape korang atas bumi nie? Ingat, pesanan Rasulullah : Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya, syaitan(Tabrani) . Kte memang lemah!

Kamonlaa, SMS ngan call jer, x jumpe pun : At first memang camtue, pastue perasaan tue akan bertambah best ditambah desakan nafsu, korang akan rasa nak jumpa, and jumpa lagi and then…

Abestue, cakap2 pun zina gak? : Zina ada byk quantum level, zina betul guna genital organ, zina tangan korang pegang tangan die, zina kaki korang pergi tempat dating, zina mata korang tengok mata dia sambil bajet romantik, zina mulut korang kiss dia and zina hati korang jiwang berahi pasal dia. Zina nie ader byk option, korang reject semua option tue. Nabi SAW cakap : Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman (Muslim dan Abu Daud).

Kalo bincang pasal Biology? (bagi kes belajar berdua-duaan SAHAJA)* : Study laa sgt! Allah tahu apa dalam hati korang takyah bajet study, kalo markah tinggi pun berkat ke? Jangan cover maksiat dengan perbuatan mulia menuntut ilmu. Allah suka kepada orang berilmu. Tapi kenalah blajar ikot batas and ketentuan Dia, barulah jadi ibadat.

Eh sial, ko penah dgr Study Group? (bagi kes berdua-duaan SAHAJA) : Study group tapi senyum2 jeling2, nyampah! Dahlaa study group 2 orang, kalo yea pun cariklah org laen. Kalau duduk dua2 camtue.. betul ke blajar? Tengok2 study sikit jer… banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!

OMG, ape masalah ko wei? Btol2 Study r! : Baik sungguh korang berdua. Korang kena menopause ker masa study group? Tak ada nafsu? Kita manusia. Jangan menafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.

Kteorang saling memberi motivasi tau x? : Takkan xleh amik motivasi dari kaum sejenis? Tolong jangan hina spesis sendiri leh? Banyak jer org cemerlang yg study hanya dengan kaum sejenis. Tenang, dapat berkat dan rahmat lak tu..

Erk, takkan xde can sket kot? : Islam takder rr tak bagi can langsung, memang sense of belonging tue fitrah manusia normal. Semua org takleh nafi perasaan cinta tue ada dalam diri, x salah n x berdosa pun. Tapi try rr jinakkan naluri tue dengan ibadat sket2, jadik manusia yang sihat nalurinya. Kita bukan malaikat k?an Allah jadikan kita manusia, x best hidup tanpa naluri and nafsu.

Islam takde ke couple-couple ni? : Cinta Islamic nie selepas ijab kabul, itulah cinta bermaruah, bukan cinta murahan.Inilah kemuliaan Islam. Kalo Islam x bagi couple, dia ganti ngan kahwin yang lebih indah. Cinta nie perkara mulia, kalo betol ko valuekan cinta korang, letak dia dalam wedlock, tempat yang layak bagi cinta. Sabda Nabi SAW : Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. (Ibnu Majah)

Ramai jer orang couple, diorang bleh tahan tue : Allah tahu rr setakat mana korang bleh tahan, Dia yang cipta manusiakan? Kalo Adam ngan Hawa x dibenarkan dekat ngan pokok Khuldi. Samalah cam zina. Zina xleh! Maka jalan ke arah zina xleh gak! Belajarlah daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

Camner nak knal kalo kahwin dulu seblum couple? : Please rr, hipokrasi dan lakonan tue penuh dalam coupling. Korang percaya ker kat gilfren korang tue? Masa couple, dua2 jadik malaikat, baik tahap dewa. Kalo merajuk ader orang bagi aiskrim. Kalo sakit ader orang bagi ubat. Lepas kahwin, pompuan bersalin anak kembar pun korang duk main game lagi. (Seriously, akupun rasa aku buat2 baik depan pompuan, hahaha)

Camner nak bahagia kawin kalo x knal pasangan? : Manusia tue bleh cipta bahagia ker? Allah jer yang berhak bagi kebahagiaan, camner nak dapat anugerah kebahagiaan itu, kalo awal2 dah tak diredhai Allah?

Ok fine!! Erm, kalo kakak/abang/adik angkat? : Hakikat dia sama jer, karipap bentuk lain, inti sama. Kakak angkat, abang angkat, angkat berat, tue semua jerangkap samar setan. Semuanye menuju kearah zina.

Jatuh saham ker orang pernah couple? : Maruah diri tue penting. Orang pernah couple nie macam x sayang maruah sebab menghampiri zina. Pastue couple yang pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina. Allah SWT berfirman: Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.(Surah An-Nur: 3)

Pastue, orang pernah couple kene kawin ngan orang penah couple gak r? : Tuelah yang selayak dan seadilnye. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik. Allah yang bagitau, bukan aku. (Ustaz penulis tue)

Kteorang dah janji sehidup semati… : For god sake, korang percaya ker pada janji cinta? Jangan percaya laki, diorang bukan baik sangat (termasuk aku). Diorang play2 jer. Habis madu, sepah dibuang. Habis main, carik game lain. Paham tak analogi nie?

Bukan semua laki camtue, dia nie baik rr : Baik ker laki? Kalo time nak carik bini, nak yang solehah, pandai jaga anak. Tapi kalo time kat U ker, time nak main2, cari yang murah, lawa dan membanggakan. Inilah rahsia lelaki.

Alaa.. kalo pompuan yang dah couple, tak laku rr dia? : Erm, ye kot. Takde laki normal nak barang second hand beb. Lelaki treat pompuan sama jer cam kereta, sekadar test drive.Sedeykan? Itulah hakikatnya!

Mana nak cari orang yang x couple? : Ada jer yang suci dalam debu. Walopon tak ramai tapi ader, orang yang saling jaga kehormatan diri nie akan bertemu satu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah: Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya dari melakukan zina)… Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar. (Surah Al-Ahzab: 35 )

Abes tue, camner kteorang? (couple) : Chill la wei, buat taubat nasuha. Mintak ampun Tuhan, mintak petunjuk dan kekuatan. At least biar fulfill tiga syarat.

1. Tinggalkan perbuatan maksiat : Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini.
2. Menyesal : Menginsafi diri diatas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan.
3. Berazam : Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah selepas ijab kabul.

Bestkan? Pedas dan cukup menjilat jari. Hehe, sorry kalo point2 dalam artikel nie menusuk kalbu korang. Aku memang payah gak nak terima at first. Tapi frankly, aku just translate jerr kepada versi bahasa x skema. Aku rasa kalo korang baca versi original, lagi straightforward and pedasss! Aku memang lega gila lepas baca mende nie. Kuat sket azam aku tanak couple nie, walopon seblom nie aku selalu menggatal (skarang pon!). Kikiki. Hehe, semua orang jahat rr, takde orang perfect. Jangan rasa tension lak. Couple2 nie bleh tunggu… Moga Allah terima taubat kite, kite berpisah kerana Allah. Ayat feymes “Kalau ada jodoh , tidak ke mana!” Oh me God, help us!!! Forgive us, yeah!! Sekian, i love you, salam… muahaha!!~~

No comments:

Post a Comment