Tuesday, April 13, 2010

PAKAIAN KETAT LAMBANG KERUNTUHAN AKHLAK : Wanita Berbaju Ketat, Jeans Sendat � Fesyen Jahiliyah Moden



Sepakat ulama sependapat seandainya potongan seluar dipakai wanita menyerupai seluar yang dipakai oleh lelaki san ketat serta dipadankan dengan baju yang ketat dan singkat serta sendat seperti T � shirt atau apa � apa fesyen baju yang ketat maka hukumnya adalah haram. Ini kerana pakaian tersebut dikira seolah � olah tidak berpakaian dan tidak sempurna menutup auratnya disebabkan masih nampak melalui bentuk tubuh badan yang jelas.
Sekiranya seorang wanita memakai seluar panjang yang longgar bersama baju berlengan panjang yang labuh melepasi punggung tidak menampakkan bentuk tubuh badan maka diharuskan kerana auratnya terjamin dan terlindung melalui pakaian yang longgar dan labuh.
Ciri � ciri pakaian wanita yang diharamkan ialah disebabkan terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh yang kadang kala boleh mendatangkan fitnah dan nafsu oleh sesiapa yang memandangnya. Manakala yang jarang pula tidak ada lindungan terhadap aurat yang menyebabkan ia boleh dilihat disebalik pakaian yang jarang walaupun tidak begitu jelas. Tetapi ia tetap bercanggah dengan syariat Islam, sama seperti dengan pakaian yang ketat kerana kedua � duanya membawa fitnah. Begitu juga jenis pakaian separuh terdedah atau separuh bogel atau ditutup teta[i dari lutut ke bawah dibuka (seperti mini skirt), adalah haram hukumnya sama seperti tidak berpakaian walaupun kepala memakai tudung. Serupa juga dengan perempuan yang pakai kain tetapi tidak memakai seluar panjang, menampakkan betis. Firman Allah dalam Surah Al � Ahzab ayat 59 yang bermaksud:
�Wahai nabi suruhlah isteri � isterimu dan anak � anak perempuanmu, serta perempuan yang beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya sewaktu mereka keluar. Cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali sebagai perempuan yang baik � baik. Maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan ingatlah Allah Maha Pengampun dan Penyayang.�
Apabila kita memperkatakan pakaian wanita menutup seluruh badan maka dengan sendirinya termasuklah tudung kepala seperti mana yang telah disyariatkan oleh Allah dalam Al � Quran dalam Surah An � Nur ayat 31 yang bermaksud:
�Dan katakanlah olehmu wahai Muhammad terhadap perempuan � perempuan yang beriman supaya menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan diri mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan disebalik pakaian mereka kecuali yang zahir sahaja dan hendaklah melabuhkan tudung kepala mereka sehingga menutupi paras dada.�
Berdasarkan ayat di atas, tudung kepala merupakan pakaian yang wajib dipakai oleh setiap muslimah tanpa menampakkan walau seurat rambut. Sedihnya seringkali kaum wanita menyalahgunakan tudung dan dijadikan sebagai fesyen. Seringkali tudung yang dipakai tidak lengkap, menampakkan sebahagian rambut.
Gaya terkini kebanyakan remaja Muslimah di dapati tudung dikenakan dengan seluar jeans dan baju yang sangat ketat dirasakan lengkap tanpa disedari semuanya itu adalah memperolok � olokkan terhadap pemakaian tudung yang disyariatkan oleh Allah.
Pakaian yang dianjurkan oleh Islam untuk dipakai oleh wanita ialah longgar dan tidak terlalu jarang sehingga menampakkan warna kulit ataupun tidak terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh badan yang mengiurkan.
Apa yang mendukacitakan adalah sebaliknya menjadi pilihan di kalangan remaja kini. Mereka sangat gemar menunjukkan gaya alunan badan ketika berjalan tidak kira bagaimana bentuk badan mereka sama ada kurus ataupun sebaliknya. Bagi yang kurus barangkali untuk dijeling � jeling dan terus dipancing oleh remaja lelaki atau si mata keranjang. Manakala bagi yang berbadan besar, pakaian ketat ini menampakkan tonjolan tubuhnya bergoyang � goyang bila berjalan seolah � olah bagaikan jeli yang dikeluarkan dari acuan yang bulat pantang dikocak terus bergoyang terasa enak bila dipandang. Hal ini bukan bertujuan untuk mengenakan sesiapa hanya sebagai peringatan dalam memilih pakaian dengan tujuan untuk mengelakkan dari gejala fitnah yang tidak diingini serta membawa ke arah kecelakaan. Kerana pakaian tidak dikatakan sempurna kecuali yang longgar serta tebal bagi menjamin perlindungan anggota supaya tidak menampakkan warna kulit dan bentuk tubuh badan.
Sesungguhnya wanita yang menipu dalam menutup aurat adalah tergolong dalam ahli neraka sebagaimana yang digambarkan oleh Rasulullah dalam sebuah hadis sahih yang bermaksud:
�Daripada Abu Hurairah telah berkata, Rasulullah bersabda: Ada dua golongan ahli neraka yang aku tidak sempat melihat perbuatan mereka iaitu satu kaum yang memiliki cemeti seperti ekor lembu yang digunakan untuk memukul manusia. Golongan kedua ialah wanita � wanita yang berpakaian tetapi telanjang. Mereka bergaya dengan lenggang lenggok untuk memikat lelaki, bila dipujuk senang mengikut, kepala mereka didedahkan dan dihias bagaikan goh � goh unta. Wanita � wanita tersebut tidak dapat masuk syurga, bahkan tidak dapat menghidu baunya walaupun bauan syurga itu didapati dari jarak seribu tahun perjalanan.�
Itulah gambaran hadis Rasulullah yang kini ternyata golongan wanita seperti ini terdapat di mana � mana dengan memakai seluar ketat, baju T sendat, bawahnya pendek hinggakan nampak segala ukiran yang berseni � seni di dada dan di antara dua peha melalui pakaian yang ketat, yang mana asalnya wajib ditutup melalui pakaian yang tebal, labuh dan longgar. Seluar jeansnya pula pelbagai corak, mengasyikkan lelaki bila berjalan tergedik � gedik.
Sejarah asal usul berpakaian sebegini diperkenalkan oleh orang � orang Yahudi dengan tujuan untuk meruntuhkan akhlak remaja � remaja Islam. Itulah yang dimaksudkan di dalam hadis di atas berpakaian seolah � olah telanjang bermakna hukumnya sama seperti orang yang tidak berpakaian.
Remaja muslimah kini semakin hilang sifat malunya malah menerima dan redha akan fesyen sebegini. Kononnya nampak lebih feminin, trendy dan berjiwa bebas yang jelas bertentangan dengan akidah dan akhlak Islam. Pemuda � pemuda Islam pula menjadi semakin lemah dan khayal melayan nafsu syaitan dek melihat gaya wanita sebegini dan semangat berjuang mereka menegakkan syariat Islam mulai hilang. Disinilah kemenangan pihak kafir yang telah berjaya dibuktikan. Perasaan cintakan Islam semakin pudar.
**Artikel ini boleh disalin semula dan disebarkan untuk jihad menegakkan syariat Islam. Dakwah adalah tanggung jawab setiap muslim..moga kita semua beroleh rahmat dan petunjuk dari-Nya. Insya Allah - penulis

1 comment: